Friday, September 24, 2010

soaljawab.

Amani ni 8 tahun. anak kedua kepada abang yang kedua. banyak cakap? bukan banyak, TERLEBIH banyak. hahahhaa. tapi jujur sangat. hahaha atau dengan kata lainnya, lazer. tapi takpe, Cik A sayang semua anak-anak sdare Cik A. ^_^

Amani: Cik A, Cik A umor brape?

Cik A: aaaa...cube teka, Yong rase umor brape?

Amani: eeemmm....belas-belas kan? haaaaa! 19 tahun!

Cik A: *kembang hidong* ooohhh, mude lah!!! Cik A dah 2* tahun laaaa...

Amani: eh? tapi nape macam belas-belas je? habis tu kalo dah 2* tahun kenape tak khawen je? Kalao Yong dah lame kawen, nanti dapat baby ramai-ramai haaa..boleh main dengan Yong. Kalo khawen lambat tak eeeelllokkkkk~ bla bla bla bla bla bla....

Cik A: aaaaaaaaaaaaa....... *terlopong*

Perbualan dihentikan kerana Cik A adalah amat allergic dengan soalan-soalan berbaur gossip ala-ala paparatzi dan sebarang bentuk perbualan bercirikan ceramah. bbbbzzzzzzz! Hahaha, beranganlah Yong!!

Thursday, September 23, 2010

dream.


"i dont have a dream wedding, but i do dream of a happy ending."



Tuesday, September 7, 2010

Salam kemaafan

Bagi saya, raya ini hari berkumpul. hari memohon maaf tanpa berkata maaf. selalunya, kita berselisih faham, dan tak tahu bila dan bagaimana memohon maaf. inilah masanya, tak perlu tulis, ucap atau menangis. sekadar bertegur sapa senyum seikhlas diri, hilangkan amarah dan kecil hati begitu sahaja! oh enak!

saya suka hari raya, satu bahagian hati saya kata, menjelang hari raya, otak kita merumuskan hari kemenangan, tiada sengketa, hari bersuka ria. hari bertemu yang dah lama terpisah. seronok!! yang jauh, datang berpeluh-peluh, berasak-asak dalam lautan kereta. yang dekat senyum gembira. eh dah jadik macam pantun ye! hahaahaha.

hari raya ini yang ke 23 buat saya. sepanjang 19 tahun saya sambut dengan keluarga yang sempurna, pagi raya salam ibu, salam ayah, salam abang-abang, kakak dan sedara mara. tapi ini tahun ke-4 saya beraya tanpa peluang memohon maaf dan salam peluk cium seorang ayah. tapi, Allah kan Maha Penyayang. Dia ambil ayah saya, tapi Dia dah sediakan 5 orang abang untuk saya. Terima Kasih Allah, sesungguhnya nikmat itu tidak nampak selagi kita butakan hati.

saya sayang keluarga saya, semua sekali. dalam hati, tak siapa yang tahu. saya mohon seribu kemaafan, atas berjuta pengorbanan anda semua berikan. tanpa anda, siapalah saya. terima kasih, terima kasih kerana sanggup menahan telinga, mengumpul amarah dalam perut tapi tak pernah membenci kerenah saya. saya percaya, ikatan saudara tak kan putus dicincang, tak kan haus dimamah.

kawan-kawan, kan datang dan pergi. itu dah satu kemestian. kan? tapi merekalah yang mewarnakan perjalanan hidup saya. *oh ini akan jadi cliche* kawan, sebolehnya saya cuba menjadi yang terbaik. kadang-kadang sampai terlanjur kata, terlebih jujur. saya juga ingin menjadi yang paling diingati, tapi selalunya akan berakhir menjadi yang paling dilupakan. sentiasa saya cuba membantu, tapi akan disalah anggap sesetengah pihak. kelantangan, keterbukaan dan ramah mungkin bukan pilihan semua orang. tapi, anda tahu kan? anda semua di hati saya.

maafkan saya, atas segala kekurangan. tergarang, tercelupar, tersisih, terbuat tak endah, terbelagak, terlalu mengawal. itu semua over-efforts dalam menjadi yang terbaik. kalau anda terguris, maknanya saya gagal. ^_^

Selamat Hari Raya,
Maaf Setulus Ikhlas.

Monday, September 6, 2010


semalam, saya cakap, "jodoh tu kan ketentuan Tuhan...sayang mana pon kita kat dia, kalau Allah kata tak ada jodoh, tak ada lah." kawan saya angguk saja. saya cakap lagi, "tunggu, insyaAllah mesti ada orang yang kita tak sangka-sangka muncul. bukan mustahil, sebab yang bertunang, bercinta 7-8 tahun pun boleh putus, tapi boleh jadi jodohnya dengan orang lain yang baru sebulan kenal". saya pasti itu kisah benar. saya pon pernah, cuma beza tahunnya tak lama. dah bertunang pun si dia (of course lah dengan orang lain, saya doakan jodoh mereka berkekalan), dan saya sedang menghitung hari saya. insyaAllah. ada rezeki, ada jodoh, dalam masa terdekat.

betul, dan saya semakin pasti. kadang-kadang kita memaksa diri dalam menerima orang dan membuat orang menerima kita. walaupun kita sedar cinta itu tidak boleh dipaksa. tapi yang sentiasa memaksa adalah perasaan, dan rasa takut untuk bersendirian.

ada sesetengah orang, dapat overcome masalah takut. dan memilih untuk bergerak sendiri terus menerus. itu lagi bahaya. seolah-olah tidak percaya kewujudan pasangan yang telah ditentukan untuk kita. pasrah, mudah beralah. cepat kecewa. susah kan?

tapi kita yang muda, mahupun yang sudah berpengalaman. janganlah cepat berputus asa. kasih sayang itu tentunya ada. InsyaAllah, Allah itu kan Maha Adil. Kalau bukan sekarang jodohnya, mungkin esok lusa, tahun depan. kalau bukan si dia untuknya, insyaAllah yang lebih baik, lebih elok budinya.

kawan,
jangan gusar, setiap makhluk diberikan cabaran dan dugaan. dan sesungguhnya, Allah menguji hambaNya yang beriman. Allah memberi ujian kepada hamba yang semampunya ditanggung. cuma bagaimana dan sekuat mana kita menempuh.

kalau ditarik olehNya kasih sayang, bersyukurlah atas kesihatan yang dikurniakan. kalau ditarik olehNya kemewahan, bersyukurlah di atas segala deria yang ada. kita jangan buta menilai dugaan. jangan juga terlalu lemah membangkit perasaan. pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

^_^

"People are often unreasonable and self-centered. Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of ulterior motives. Be kind anyway.
If you are honest, people may cheat you. Be honest anyway.
If you find happiness, people may be jealous. Be happy anyway.
The good you do today may be forgotten tomorrow. Do good anyway.
Give the world the best you have and it may never be enough. Give your best anyway.
For you see, in the end, it is between you and God. It was never between you and them anyway."
-Anonymous

Friday, September 3, 2010

salah ke betul?

haa..ni dah pendam lama, rasa macam nak cerita tapi kalau cerita takut rasa bersalah. hmm, hari ini, lepas saja baca Kak Merr Terbakak kat blog dia, terus berkobar-kobar semangat nak bercerita demi keadilan sejagat.

ini story untuk sesiapa yang berani buat, berani tanggung sahaja.

pagi tu, dalam pukul 430 pagi. saya tiba di Sungai Nibong. stesen bus lah. dari Kelantan. weehu, setelah 5 hari duk berkampung di kampung yang dirindui. mai lah balik kan. keja, nak buat camna. tapi bila datang Penang, barang berbondol-bondol (sila ignore kalau bahasa entah apa-apa) maksudnya banyak. ada beg galas, beg sandang, beg baju, paper bag dan juga kotak. entaaaaaaahh la...org kelantan cakap 'serbo makniko nok bowok'. begitu lah jua saya. ahahaha.

oke, dipendekkan cerita. cari satu abang teksi. sbb tanak telefon housemate ; sian depa. satgi nak bangun sahur dah, nanti nak masak. lagipun lupa nak pesan awal-awal. maka, dengan pantas, pintar dan tuntas mari kita naik teksi. dah tahu daaaah, mesti kena mahal punya. ambik kau! rm15 ringgit!!

redha. abang teksi yang 'sehat' tu kata sbb pagi buta, sebelum subuh. maka memang mahal. saya redha. rezeki dia lah kot. pastu, dia bawak tunjuk teksi dia. eh hoi, teksi = kereta sewa lah. bukan beca. ok? aaaa. dia bukak boot (tempat simpan barang, ka hangpa panggil bonet? haha) tapi saya kena angkat sendiri barang. ok beha, be patient. angkut lah masuk. tutup sendiri benda alah kereta tu.

masuk kereta. zooooooooooooooooom! sat ja. dah sampai umah. memang la. satu traffic light ja dah sampai. DEKAT. tapi charge nak mahal kan? oke, berenti. abang teksi bukak boot. saya turun. eh? dia tak turun pon. saya angkut lagi semua barang yang BANYAK tu.2 kali angkat. dalam hati 'adoi, apakah abang ini tak punya perasaan?' takpa, sabaq.

'haa dik, rm 15 ja'.

saya hulurkan rm12 ' nahh, rm12 ja bang'.

dia marah dowh. dia cakap mana boleh. memang dah standard harga rm15.

saya tengok keliling teksi. ada tulis. TEKSI BERMETER. tapi meter BUAT HIASAN ja. kalau ON meter, mau RM4 ja. bongok kan? 'saya tak mau bayaq RM15. dah lah barang saya angkat sendiri, boot kereta bukak, tutup sendiri. buat apa nak bayaq service mahai2?' oh, marah jugak. tak tahan.

'aaa...ok ok abang mintak maaf'

'nahh ameklah kalau nak RM15. tapi saya tak ikhlas. lainkali tolong la. barang tu bukan siket. ni tak, service tak bagus. tapi charge mahal' oi, membebel si budak kecik.

'ok tak payah lah, abang tak mau kalo tak ikhlas. lain kali abang tak buat dah'. sentap. tutup pintu terus blah (lepas amik duit lah)

itu aje.

betul ke tindakan saya? saya jahat ke? sbb itu rezeki dia dan saya potong RM3? *angkat bahu*

i hate you...


PMS!


arghhh!!!