Friday, May 3, 2019

Tajam

Tajam kata. 
Jangankan berbisa pasti mati kecewa kalau terpanah. 
Tapi ingat kawan, pandai menyusun kata tak semestinya berhikmah bicara. 
Tidak bersuara bukan sengaja, tapi membiarkan masa buktikan segala.

Wednesday, July 13, 2016

Blessings



Kadang-kadang bila kita ade masa duduk termenung sikit kita akan cuba fikir betapa susahnya kita cuba berada di satu tahap. Sisram dulu sampai give up dgn diri sendiri dan label diri sendiri 'Miss Almost Everything'. Sedih, sbb ape sahaja yg sisram nak achieve mesti last minute gagal. Semua benda. Dari sekecik-kecik benda sampai sebesar-besar cita-cita. Semuanya ALMOST. Tangan tu kalau boleh gapai dah boleh sentuh, tp tup tup tak dapat. Kerja hari-hari bertahun-tahun tapi kenapa duit tak pernah lekat? Baik dengan semua orang tapi kenapa tak macam ada kawan? Cuba rezeki di mana-mana tapi kenapa tak pernah berjaya? Sampai terduduk. Sampai kering air mata. Sampai mengalah. Sampailah suatu hari kita sedar, sebenarnya yang menjadi halangan adalah keberkatan. Berkat tak apa yg kita buat? Mak ayah restu tak? Orang sekeliling sentiasa doakan tak? Dan yang penting, kita mintak kat Dia tak supaya berikan kita ketenangan dan keberkatan? Senang je kalau guna perkataan, bersyukur tak kita? Sesungguhnya setiap yg kita ada di dunia ni, bermula dari keberkatan. ☺️#begrateful #semuabermuladaribawah

Thursday, December 24, 2015

Diam

Rezeki, rezeki ni kita tak pernah nampak datangnya. Rezeki kita, rezeki orang apatah lagi. Tapi kadang-kadang Allah bagi rezeki orang melalui kita. Macam kita tolong dia, tapi sebenarnya dah memang hak dia cuma laluan jalan rezeki tu ikut pintu kita. 

Buka mata, buka hati dan buka jiwa. Entahlah, rasa malam ni datang membuak perasaan nak berkongsi. Mungkin penat hati menahan. Selama ni cuma bermonolog dlm hati. Dunia ni makin diselam makin lemas, tapi kalau berbekal aku rasa tak payah pon. Allah itu Maha Menguji. 

Sekejap diolek kiri, ke kiri kita kan? Bila tengok orang susah, kita pantas menuding kenapa mudah mereka mengeluh kalah dgn ujian. Tapi bila terkena kita? Hilang punca. Dugaan ujian tu kan mematangkan? Tapi semakin lama semakin aku terkedu. Ujian bertalu mampu ditahan, yang memeritkan kalau ia berulang. Sinisnya dunia. Perit. 

Diamlah hati. Sediam kelam malam. Renunglah mata, setajam pisau tapi tutuplah mulut. Kerana yang diucap tak semestinya menenangkan. 

Friday, August 8, 2014

Gamit Jiwa.

Bila aku sbenarnya sentiasa menghabiskan masa aku berfikir dan terus berfikir tentang perkara-perkara yang tiada penghujungnya.

Sekejap aku cuba melukis masa depan, tapi kadang-kadang aku terimbau kenangan lalu. Apa yang aku mahukan dalam hidup ini? Aku nak arwah ayahku yang sudah tiada selama-lamanya. Aku mahukan tidur aku bertemankan peluk manja nenekku yang tak mungkin kembali. Kasih sayang sejati mereka pernah curahkan. Mustahil semua itu.


Aku hendakkan hidup yang tak perlu aku menangis bila tanganku tak cukup memenuhi apa yang aku hati aku idamkan. Aku tak mahu hidup aku susahkan sesiapa dan aku tak mahu sesiapa pun sedih kerana aku. Cukup tangis aku dan sakit aku.


Aku inginkan orang yang tanpa ku bersuara dia tahu apa mahuku. Dia tahu tanganku sejuk kerana hanya sesaat dia tidak mengusapku. Dia tahu aku berkerut kerana matanya tidak meluahkan sayang padaku. Aku mahu air mataku hanya tanda gembira dan tawa. Aku mahu semuanya yang aku tiada.


Menangis, menangis dan menangis. Terkadang aku marah, aku marah diri aku marahkan takdir aku. Kenapa aku tak sabar? Kenapa aku yang sentiasa penat. Melayan kerenah manusia, cuba menjadi yang terbaik demi mata orang lain.


Siapa aku? Tiada lagi yang aku luahkan dalam dinding dunia aku. Hampir pasti detik hatiku menjadi rahsia abadi. Semuanya kerana orang lain. Kerana hati yang dijaga. Aku siapa? Hanyalah insan yang mengikut sahaja arus di depan. Kalau berbatu-batu sakitlah aku. Kalau terus maka laju tanpa berisi perasaan.


Kenapa mudah aku terpesong? Tanpa mensyukuri apa yang ada sekarang? Kerana aku tahu aku adalah lebih dari ini. Aku kenal siapa aku dan aku tahu mungkin. Mungkin aku tahu kalau tiada halangan akulah manusia paling bahagia dalam dunia ini. Kan ku pegang bahagia dunia dan akan ku gapai bahagia akhirat nanti.


Mustahil kan? Aku sentiasa mengeluh, ya aku orang jahil yang hanya mencemburui kebahagiaan orang lain. Aku mahu, aku mahu semuanya yang bukan milik aku. Aku mahukan segalanya menjadi milik aku.


Tiada janji yang ditunaikan. Tak pernah ada. Aku kecewa dunia dan pasti dalam mimpi pun tak pernah aku mengecap sebenarnya kasih, sayang dan cinta. Dan sehingga akhirnya aku akan hanya terapung diangan-angan. Khayalan cita dan bahagia seperti kisah dongeng.


Hanya itu aku mampu.


23 April 2014

Tuesday, March 25, 2014

Mimpi

Setiap jasad kan pergi,
Namun yakinku hati itu tak akan mati..
Aku dan engkau tiada seteru,
Di dunia bertemu sementara, 
Di mimpi kita berjodoh mati

Pelangi Senja - Stacy

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...