Saturday, May 16, 2009

ALERT!!!!

i got these tips from Boy.

alert to all.

Jika anda mengalami petanda penyakit H1N1 seperti batuk-batuk, hidung berair,bersin, lelah dan demam, amalkan etika-etika dibawah untuk mengelakkan selsema H1N1 daripada merebak. Walaupun masih belum dipastikan anda dijangkiti virus H1N1, langkah ini mugkin boleh menyelamatkan banyak nyawa.

Etika Batuk:

1. Elakkan daripada berada di tempat yang sesak.
2. Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.
3. Elakkan menyentuh muka, hidung, atau mulut.
4. Tutup hidung dan mulut anda dengan menggunakan tisu atau saputangan ketika bersin.
5. Buang tisu, atau basuh saputangan anda dengan segera selepas digunakan.
6. Amalkan rutin membasuh tangan selepas bersin.
7. Palingkan muka daripada makanan dan orang lain ketika bersin.
8. Pakai penutup mulut dan hidung.
9. Segera bertemu doktor jika risau dijangkiti H1N1, terutamanya kepada mereka yang baru pulang dari negara-negara yang dilanda wabak H1N1.

Risalah Etika Batuk ini diambil dan diselia daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terkini: 1 kes selsema H1N1 telah disahkan di Malaysia. Cegah sebelum terlambat.

No comments: