Friday, February 12, 2010

kenangan.

why is it so hard to let go?

untuk pengetahun, this is based on self-experiences. lebih baik nyatakan dari awal supaya tak akan ada perkara-perkara berbangkit nnt.

kenapa susah sangat untuk kita melepaskan? pada hakikatnya perkara yang lepas itu harus dibiarkan pergi dan jangan dikenang. teori. mungkin sekadar teori. ada yang berpendapat, apa yang terjadi dulu adalah apa yang membentuk kita sekarang. maka tak harus kita melupakan seterusnya menyisihkan kenangan silam.

adakah smua yang berlaku pada masa lalu itu satu kesilapan? tidak. bagi aku semuanya satu permulaan bagi sebuah kehidupan. kita jatuh berkali-kali dan bangkit kembali pada suatu ketika. hasil kecekalan itulah membentuk kita sekarang. sbg seorang individu, (mungkin mengikut pemahaman masing-masing) pernah jatuh terperosok dek dugaan dunia, penah hampir maut kerana bisa cabaran hidup, masih kental berdiri, walaupun sedikit terluka. luka yang mungkin tak akan sembuh. ku jaga rapi agar ia tidak bernanah mahupun melarat.

fuhhh, sakit kan? tapi kenangan itu indah. sangat indah sampai bila terkenang kita pasti tersenyum, ketawa malah menangis sendirian. betapa aku rindu masa lalu. segala yang mencuit hati, smua yang terjadi tanpa diduga, yang dirancang dan smua yang masih terpahat di dalam hati kecil ini.

aku sentiasa berdoa. alhamdulillah, sudah nampak sinar di jalan kehidupan. alhamdulillah sudah diterangi dengan cahaya yang masih perlu ku kejar. ku menapak perlahan. namun ku pasti dengan hala tuju dan tujuan. ya, Tuhan memberi kita dugaan, halangan, keindahan, yang pasti untuk dijadikan pengajaran. andai ada sakti, pasti aku mengukir cinta. ketentuan, ketentuan Ilahi sudah tersurat. yang datang pasti akan pergi. dan yang pergi mungkin tak akan kembali.

Ya Allah,
Kau berikanlah rahmatMu kepada insan-insan yang pernah mewarnai duniaku,berilah hambaMu keberkatan hidup, ketenangan hati, keikhlasan jiwa, semoga dipermudahkan rezeki kami di duniaMu yang terbentang luas ini, semoga dikekalkan perasaan cinta padaMu yang satu, dan diperindahkan perasaan sayang sesama kami, moga kami ditabahkan hati dalam menghadapi ujian-ujianMu.

Daku bermohon hanya padaMu, Ya Allah.


aku biarkan kamu pergi wahai kenangan. tapi biarkan aku meyimpanmu di lubuk jiwa. supaya jika ku tergelincir, kau boleh ku jadikan pedoman.

=)

*jgn muntah oke*

**********

terkejut ni, habis je taip entri ni. aku dapat satu mesej. dari cikgu Arazmi Seman. seorang guru yang kukenali pada mulanya hanya pada nama. Terima kasih cikgu. terima kasih =). terkadang kita perlukan suara lain yang boleh membangkitkan semangat dan menyedarkan kita. kegelapan ada, saya akui.

dari Arazmi Seman (blog beliau di sini),

warkah buat si comel...

apa lagi yang mau disebutkan
sesudah segalanya kau tanggalkan
tertusuk duri kakimu, bukankah kau telah memilih
untuk sesekala merasa lazatnya sengsara

bertahun di dalam cahaya
memaksa kita tidak memahami kegelapan
terkadang kita kurang percaya kegelapan itu
ada

kau hanya takuti ribut dan gelombang
tapi tak pernah mendengar desir angin
sedang di dalam desir sudah menghantar gelora
sedang di dalam desir sudah bertakung badai
sedang ribut dan gelombang
tak pernah merobohkan rumah kita

sememangnya kita telah terlepas kemudi
jangan salahkan lautan



love.

2 comments:

ejai said...

Beeha,
Yang penting dalam dirimu jgn rase putus asa. Kuatkan semangat dan sentiasa yakin pada kekuatan diri.kenangan dan pengalaman yg dah dirase,bisa mematangkan dan nmemantapkan diri untuk cabaran dan dugaan lebih hebat yg akn mendatang..All this while u byk berdikari..Keep ur cool and ride a "smart life".. c yaa..


Ya Allah,
Kau berikanlah rahmatMu kepada insan-insan yang pernah mewarnai duniaku,berilah hambaMu keberkatan hidup, ketenangan hati, keikhlasan jiwa, semoga dipermudahkan rezeki kami di duniaMu yang terbentang luas ini, semoga dikekalkan perasaan cinta padaMu yang satu, dan diperindahkan perasaan sayang sesama kami, moga kami ditabahkan hati dalam menghadapi ujian-ujianMu.

Daku bermohon hanya padaMu, Ya Allah.

Amin ya robbalalamin... :)

ZooL.Ahmad said...

kenangan itu indah,
kenangan itu perit,
kenangan itu pengajaran,
hanya tuhan yg satu kita berserah!

tabahkan hati dan iman,
untuk kamu terbang ke awan,
bersama itu kenangan,
dibawa sebagai pedoman.