Tuesday, April 20, 2010

cinta pada seni.


inilah orang kata dalam hati ada taman. ngahaha.

gua sebenarnya bersyukur sangat sebab gua ada perasaan sayang pada seni budaya Melayu. nampak je ganas, tapi gua sangat suka tarian-tarian tradisional dan hiburan-hiburan Legend (setengah orang kata kuno, tapi gua up jadik Legend) yang hampir pupus especially yang diangkat dari negeri gua sendiri, Kelantan. Contohnya Makyong, Dikir Barat, Ulik Mayang dan macam-macam lagi.

gua start menari dari sekolah rendah lagi. tarian pertama gua ialah Ulik Mayang. Darjah 1 sampai lah darjah 6 duk menari lagu tu lah. masuk sekolah menengah gua berehat sekejap. sbb lagi banyak aktif aktiviti sukan dan kawad (kire ganas sketlah bile masuk sekolah menengah kan). dah masuk matrik menari lagi. ngahaha. pastu teruskan minat gua ni sampai masuk USM dan sampai lepas grad. dengan menari ni gua dah travel banyak tempat and masuk banyak pertandingan. terima kasih. terima kasih. Singapore, Hong Kong, Indonesia, Sarawak dan banyak la kat Semenanjung kan. cuma sekarang macam dah stop terus. uhhhh. T_T. dah tua kot? huu.. tapi gua tak de lah pandai sangat. ikut orang je. ngeee~ lagipun slalu susah nak team up. sbb gua PENDEK! uwaaaaaaaaaa!!! hukkk...T_T cedeyh tul. tapi paling penting, gua dapat ramaaaai kawan dengan aktiviti sihat ini. yeah!

takkan Melayu hilang di dunia kan? hee~ nak upload gambar2 lama waktu menari dulu macam tak seswai plak. dah jatoh under private and classified. so gua update pic yang menari persembahan terakhir gua dalam Gadis Melayu 2 dulu je. sebenarnya rindu sangat nak menari lagi, masalah time skarang sangat sangat sangat sangat tak dapat dielakkan. hmmm, sbb ni kot berat dah naek? ohhh, mungkin!!! now i can see the connection. grrr~

so, welcome to the other side of me. =)


Fiza, Putri, me and Fiqa.
Bee rindu kamu smua.

No comments: