Thursday, April 1, 2010

Peraturan I

hari tu ada permintaan suruh gua postkan entri 'cara-cara untuk let go'. mak uih, dah jadik Dr Love dah ni. tapi, demi mengisi kekosongan akibat kebodohan mengdeactivatekan fesbuk, gua postkan dulu entri ini. sbb seblum Tamat pasti ada Permulaan. moh kite bace.

Peraturan-peraturan untuk melepaskan belon-belon chenta. (love is in the air lah konon)

1. pastikan anda tidak merampas. ini adalah penting untuk mengelakkan apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan. (mana tahu ada jodoh sampai kawen kan?)

2. pastikan anda tidak dirampas. warning: kalo kes ini berlaku, anda = gatal. titik.

3. senaraikan tiga (sekurang-kurangnya) sebab kenapa anda memilih si dia. pastikan sebab-sebab itu tidak dapat dipenuhi oleh pasangan anda yang sebelum ini. contoh, beliau berjaya memujuk anda untuk memahami kepentingan bersopan-santun dengan orang tua, beliau berjaya menasihati anda bahawa solat itu tiang agama. *waah, islamik gituu, tp kalo ko tak kejar akhirat nak kejar ape lagi kan?*

4. keluarga. oh, taraf tidak menjadi soal. perkara lain seperti pendidikan dan juga cara dibesarkan mungkin boleh menimbulkan masalah di masa hadapan. (sila notis: hubungan perlulah memfokuskan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat, bukan sekadar suka-suka) contoh: kalo femli beliau adalah orang2 yang 24 jam berada di masjid, manakala anda ialah kaki clubbing, sila scratchkan nama beliau dalam calon-calon pasangan anda.

5. kenali sahabat-sahabat beliau. penting. kerana selain rumah, beliau dikelilingi oleh rerakan yang sungguh mempengaruhi cara hidup beliau.

6. ikut rentak si dia. contoh, pemilihan tempat makan, genre lagu, tempat lepak, dan topik perbualan. (jangan cuba mendominasi, lebih-lebih lagi kalau anda perempuan, nanti di cop Queen Control, tak sanggup mak, nyah!) memula jer, pastu wat perbandingan. adakah anda secocok atau tidak.

7. kalau tujuh peraturan di atas berjaya dibolosi, teruskan hubungan. kita akan sambung peraturan2 seterusnya apabila anda berada di tahap kedua dalam hubungan. sile berhati-hati dengan anasir-anasir luar seperti kisah silam beliau mahupun anda juga. sila ikhlas dan banyak2kanlah berdoa. oi, sakit tau kalo asyik dikecewakan, mengecewakan orang pon lagi lah sakit.

pendapat peribadi saya, tak ada orang yang mintak hubungan putus di tengah jalan (oi, macam lirik lagu da) tapi, kalao tak berkat hubungan tuh, asyik nonong ke arah yang tidak elok, maka haruslah tidak diteruskan. dan sile bersyukur kerana Allah sayang anda dengan memberi anda kesedaran di peringkat awal, mahupun peringkat parah.

p/s: sorry sbb dah lama pending topic ini. mulai sekarang gua berazam gua akan tabah berblogging! (ceh, padahal sbb takde fesbuk dah. padan mungke!)

p/s/s: entri ini tiada kaitan dengan apa-apa jua perkara disekeliling saya. sekadar berkongsi sementara mood masih ada.

love.

5 comments:

adiman said...

BOLOS SALA DINDING ITTEWWWWWW~~~!!!

adiman said...

saja. dem typo

beeRamza said...

whahaa...baru jah nok bamgo kelih ado 2 komengs doh. uponyo encit adimang dan typonya. whahhahahahaa

Unknown said...

ala number 2 tu takleh ke hahaha

beeRamza said...

nambe 2 tu kena tengok kes lah. tapi nape biarkan diri anda dirampes? heheehhe..

dengdengdeng.