Tuesday, July 13, 2010

Cara-cara (mungkin) buat lelaki tabik perempuan.

haihhhh, kita selalu mengeluh (saya lah kot?) kenapa lah kadang-kadang sesetengah lelaki ni suka pandang remeh dengan perempuan. apekah? mehlah saya nak kongsi apa yang at least kita boleh buat untuk buat mereka yang tidak bersyukur itu stop blabbering. ok?

1. mandi jangan lebih 10 minit. ha, tahu kan knape? sbb orang perempuan ni selalu dicop mandi lama, berendam dalam ayaq dan sebagainya. apa kata cuba mandi dengan cepat tanpa berlengah-lengah tapi pastikan bersih ya. alah, kalau nak banding dengan lelaki, diorang mandi ke? hahahha.

2. bawak kereta dgn bergaya dan berhemah. ni satu lagi persepsi buruk. sebenarnya bukan semua perempuan careless, tapi sesetengah perempuan tidak berhati-hati dalam pemanduan. cuba belajar untuk prihatin, jangan memandu recklessly. biar macho, baru depa tabik!

3. hentikan ketawa secara kuat dan menarik perhatian. itu poyo namanya. cuba bersopan sedikit. kaum wanita sekarang beranggapan kalao kita menonjol, kita hebat. oh itu amat salah. cuba elakkan berbual dgn menggunakan volume tinggi. sebaiknya jaga adab, dan sopan santun. lelaki tertarik dan respect kpd wanita yang tidak low-standard.


4. sentiasa bersederhana. dalam emosi, pemakaian mahupon apa sahaja. contoh emosi; jangan terlalu garang tetapi jangan terlalu gedik. eh, tak susah pon. tapi harus diingat persepsi manusia ni berbeza, dengan menjadi sederhana anda mungkin menyelamatkan diri anda dari dikutuk beramai-ramai. cool~

5. jangan syok sendiri dengan kecantikan anda. ramai wanita (budak-budak perempuan pon termasuk juga) yang amat obses dengan kecantikan. contohnya, suka pakai mekap tebal2 lepas tu ambil gamba sendiri. aih, jangan terlalu kerap. nanti jadi sindrom perasan. bahaya. elakkan juga sentiasa mengambil gamba dari pandangan atas. tak salah pon mintak kawan tolong ambilkan gambar kita. kan? lagi nampak best sbb ada orang ambilkan gambar~ oyeah.

nampaknya elaboration dah semakin panjang.

6. cuba jangan menjadi copycat. tak susah menjadi diri sendiri. kerana setiap daripada kita memang dilahirkan untuk menjadi diri sendiri. sama juga dengan kes copycat blog entri, gambar atau status. adalah lebih bermaruah jika anda meletakkan credit kpd penulis asal atau pemilik gambar. dalam kes mengcopy cara pemakaian, erm, no komen. tapi janganlah sampai nampak macam kembar seiras. (tibe-tibe teringat peminat setia Ziana Zain dalam Mentor4, gila skeri ok! sbijik dengan Ziana okkkkee!)

'kucing-salinan'
ok, cukup dulu.

p/s: entri ni tidak ditujukan kpd mana-mana individu secara personal atau berkumpulan. cheq mmg nak buat entri ni. betui. sbb cheq cukop tak suka lelaki yang cakap 'huuu, ni lah orang perempuan', 'ak dah agak dahhh...mesti perempuan!' dan sebagainya.

yeay!

3 comments:

dyn said...

cik beha, aku bg award kat blog ko... sila kutip at http://handbagandnecktie.blogspot.com
diyana

beeRamza said...

hahahah! thanks wei! lame tak jumpe ko...T_T

Anonymous said...

good info... ada kbenaran dlm posting neh in certain ways... ^ ^