Thursday, August 19, 2010

muka buku itu penipu.

Jangan mudah tertipu,
hanya kerana Facebook.

di mana sang bodoh menjadi pandai
si pencuri menjadi alim
pembohong berkata nista berleluasa
si hodoh menjadi cantik secantiknya

di Facebook,
yang cacat berlaku sempurna
si kaya bertambah kaya
yang berada bermegah-megah
yang bodoh digelak ketawa

jangan terpedaya,
cerita kosong menjadi hikayat
umpatan diberi kepercayaan
kata-kata tiada batasan
penglihatan di luar kawalan

jangan terkejut,
jika suatu hari nanti
hanya kerana Facebook
yang salah dihalalkan
yang betul dilupakan.

boleh jadi kemajuan ini,
merapatkan ukhuwah
mengeratkan yang jauh
menemukan yang tidak kenal
mengenalkan yang asing

mungkin jua kegilaan ini,
menghancurkan agama
membawa kegagalan bangsa
menjadikan manusia tiada pegangan
menerobos gawang tanpa sempadan.

yang pasti,
sedar atau tidak,
di Facebook ini,
semua orang.....








menjadi pendusta.

1 comment:

Un Phat Lee said...

uit.macam ade bad experiance je nih.ehe B)