Friday, December 10, 2010

magic magic

dah lame sangat tak menaip. (last entry was on October!!!) ye lah, selalunye bile bukak blog pastu blogwalk kat blog-blog yang yang gah dan peminat beribu terus melekat dan jadi peminat mereka gak. sampai blog sendiri tak update dan takde orang baca. oh fedap. percubaan menarik follower dgn letak gambar banyak2 mcm menjadik. tp lepas 2-3 minggu dah takde follower baru (sbb tak update blog) hahaha. bile nak upload gambar baru, kena fikir nak edit dulu baru leh approve untuk upload. he he he. haha sape tak edit gambar sebelum upload? semua blogger pon edit dulu. tak caya eh? sbb tu gambar2 ni ber-magic. terima kasih kpd teknologi2 terkini. tak cantik pon takyah risau sbb nanti bile edit *pling* jadi macam supermodel Tyra Banks pon kalah.

selalunye orang2 professional edit gambar pakai Adobe Photoshop. dah nama lagi professional yang pakai, mestilah komplikated function2 nye. sampai nak tekan ape pon tak tahu. dari gamba buruk, terus takde kaler. hehee nak guna Adobe Photoshop kne blajar dulu, kalo takde orang nak ajar..boleh dipersilakan baca manual satu-satu. semoga berjaya!

tapi untuk orang amatur macam saya *ehem ehem* kepentingan editing gambar bukan utk dijual, tapi untuk dibubuh dalam blog. dan selalunya akan cari yang free app aje. ada baaaaaanyak FREE online photo-editing kalo nak guna. simple dan semudah 2,3 clicks je. yang boleh download dan pakai offline pon ade. Saya suka guna Picasa. user-friendly. ade function Auto utk memudahkan kerja anda yang malas. ada jugak function manual. go google!

lepas boring sbb dah master sangat (dan dah brape kali update version Picasa, sekarang dah version 3.8), boleh try PhotoScape. download free je. yang ni kompleks sikit. tp best sbb boleh gabung2 gambar (dalam Picasa kalo nak buat collage terhad sikit) dan boleh edit sekumpulan gambar sekaligus. set aje!

lepas dah lama, godek2 lagi terjumpa Picnik. rupa-rupanya dia attach skali dgn Picasa, cuma die direct online photo-editing. dah jumpa apa yang dicari selama ini!! yeay! Picnik ada baaaaaaaanyak one-click function (tapi sayangnya terhad) kalao nak guna yang premium kena bayar kan. jadi gunalah yang free. function yang paling best ialah................

PUTIHKAN GIGI!

ini gambar selepas ye, sangat bersinar-sinar gigi. hahahaha.
siyes mmg nampak macam wow! gigi saya sangat putih, saya berus 18 kali sehari!


sile tengok gambar sebelum (di bawah ini) atau gambar2 lain yang renyeh nampak gigi. auch!

hehee nak gigi putih dalam gambar macam saya? donlod Picasa version baru sekarang! bukak Picnik dan godek2 ye! pasti jumpe!

selamat mencuba kawan-kawan!!! ^_______________^ *senyum lebar sbb dalam gambar gigi putih!*

2 comments:

Anonymous said...

nak picasa - picnic kan gambar background ada tak? ...ajar skit..ni bilik cikAr ke? ahhahaha..kantoiii

beeRamza said...

Ehhhh!! Bukan bilik saye! Ini tempat wedding sy pegi..btw, picasa boleh edit scene jugakk...sile godekgodek sendiri ye..thanks!