Saturday, July 16, 2011

Hapdet

Salam,

Nak hapdet apa pasal hidup? Time sakit hati, sakit jiwa je baru trase nak mengadu. Itu pon mengadu kat blog. Hilanglah sekejap perasaan. Tp yang sebenarnya lama-lama makin membengkak. Sebetulnya kita patut mengadu kat Dia, Yang Maha Mendengar dan Maha Mengampuni. Ya Allah.

Allah paling suka mendengar rintihan hambaNya. Tp sekelumit kesal mesti ada dalam hati hamba yang hina ini sbb masa susah, sedih, jiwa kacau aje ak mencariMu Ya Allah. Malu nyaaa. =.='

Hmmm, ada terasa penat. Diuji pelbagai rentak. Tapi ujian tu kan mematangkan. Didatangkan ujian, menduga iman dan menajamkan fikiran. Supaya kita bersyukur bukan semakin jauh. Ya Allah, kali ni ak meraung. Sedih pada kebodohan diri yang sentiasa tidak bersyukur. Pedih memikirkan jasad yang dipinjamkan ini tidak berjaya menjalankan syariatMu. Walhal yang tidak sempurna sifat mereka pon bertungkus-lumus mengejar FirdausMu.

=.='

Hmmm, dahlah.

Ampunkan kami Ya Allah, hanya redhaMu, dan hanya untukMu.
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

4 comments:

Anonymous said...

hanya redha Allah :)

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


amiiiinnn...

SELAMAT BERPUASA

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Anonymous said...

Assalamu'alaikum adik
Dosa besar yg kita lakukan sekiranya kita bertaubat Alhamdulillah.Akak pasti ia petunjuk dari Allah. Namun adik, dosa2 kecil lagi menggamit dan menggugat.Apabila kita sudah merasai ni'mat bertaubat nasuha dari Allah, jiwa akan jadi bersih seperti sakinah menyelubungi jiwa. Namun adik, dosa2 kecil sekali lagi akan menggugat dan menggoyahkan kembali segalanya. Dosa2 kecil yg tidak diendahkan dan dipandang ringan akan berhimpun menjadi bukit hitam yang membesar. Maka kemungkinan besar kita akan "relapse" kepada diri kita yang dulu. Sesungguhnya hidayah Allah beri kepada sesiapapun yang mencari Allah, namun menghargai dan menjaganya amat payah. walaupun rebah teruskan. Shortcut adalah amalkan solat taubat sekerap mungkin agar dosa2 kecil tidak terkumpul dan terhapus setiap hari, maka hati kita bersih sebersihnya menghirup udara Allah dgn hati yg tenang. Sekali lagi, niat berhijrah kerana Allah hendaklah jelas. Walau seindah mana pun dunia, Allah lebih indah. Agar kita tidak meraung sekali sekala ketika ujian menghimpit, InsyaALLAH kita juga akan meraung kerana membilang ni'mat2Nya yang banyak yang tidak pernah kita syukuri.
Lastly, berdoalah utk mendapat sahabat yang solehah. Layari blog2 pendakwah muslimah yang akak anggap the true practising muslimah.
http://keluargakusayang.blogspot.com/
http://keranacinta.wordpress.com/

'Ya Allah Kau saksikan amalanku ini,sekiranya tidak kerana Mu,aku tidak akan melakukan amalan ini kerana aku insan hina"
Nur Furqan Zaujah Abu Raihan

beeRamza said...

anon: InsyaAllah.

Blade Edge: Wsalam, Salam Ramadhan buat anda juga!

Anon: Wsalam kakak, i am speechless. Terima kasih atas nasihat2, terima kasih kerana sudi menjengah, terima kasih juga memberi ruangan yang boleh dijadikan contoh. InsyaAllah saya manfaatkan sebaik mungkin. :)