Tuesday, September 6, 2011

hilang.

sedih.

sebab tu kita kena selalu letak dalam hati. yang berumur tak semestinya matang. yang berilmu tak selalunya celik akal. emosi, hati semua akan mempengaruhi. dan yang muda tak boleh diduga pengalamannya.

penat bila logik akal ditolak ketepi. apa yang aku tulis semua ni bukan ada yang memahami. tapi betul, ada benarnya bila Hassan Al-Banna katakan di negara kafir, nampak Islamnya. sedangkan di negara Islam yang nampak hanya kafirnya. kan? apa kaitan? sesama kita saling tak bergantungan, lebih susah bila dipisah-pisah, diasing, disisihkan.

yang berilmu, penuh di dada, yang mempunyai panduan dari kecil, yang teguh iman tak mahu terbuka membantu yang tiada. sekurang-kurangnya cuba memahami. bukan ke anda diberi Allah SWT kelebihan. lebih pada nilai agama. tapi anda menilai manusia dihujung mata. anda memberi markah pada salah silap kami. bukan dengan tanda aras pengislahan yang kami kejari.

rugi. kalau sejahil saya merasa anda sekelumit pun tak mampu berjasa pada agama. yang dijaga cuma yang di dalam raga. sedangkan yang perlu perhatian tergapai. yang diatur cuma yang di depan mata, sedangkan yang membusuk di belakang tabir dibiar begitu sahaja.

mungkin luahan ini tak perlu dibaca. memanglah. aku memangkah pada yang nyata. bukan hati kita sahaja yang perlu berjaga. kalau kejar redha Illahi, kenapa menyimpannya sendiri?

Ya Allah, aku mohon ampun kalau perasaan amarah dan kecil hati pada sekelian yang lain ini tidak patut dirasai. tapi Ya Allah, aku memohon, Kau bukakanlah hati mereka. bukakanlah keikhlasan dan tebalkanlah kekuatan pada mereka. supaya teguh, tanpa mengalah membantu kami yang dalam pencarian. Allahumma Ya Amin.

maaf, hati kecil ini terguris. mungkin kerna ilmu di dada ini yang tak pernah mencukupi. dan kerana dosa yang tanpa akhirnya disesali. emosi ini terusik. kerana kita sama manusia.

Think.
Reflect.
Change.

2 comments:

Anonymous said...

yey da update! :)

Anonymous said...

saya taknak ilang... +_-

::stalker from far::