Thursday, March 22, 2012

Lambaian

Tiada kata yang terungkap,
tiada bahas tercabar, tiada hati berbalas.
Bila yang tinggal hanya ucapan pengakhiran,
yang ada cuma rindu yang dipendam.
Hati-hati menyimpan kasih,
kan kelak memakan diri.
Jangan khuatir menabur budi,
yang elok kan kelak dibawa mati.
Rindu sayang dan dendam tiada terpisah.
Dek rindu mendalam, dendam kan kian suram.
Kasihnya diri, cintakan Illahi.
Pohonlah cahaya,
semoga bahagia yang kekal abadi.

Tiadalah pergi ini perlu ditangisi,
Kerana yang hilang pastikan berganti.
Suluhkan sayang, dambakan menanti,
Yang pasti, di syurga yang hakiki.

Mujahidah Sakinah

No comments: