Friday, May 18, 2012

Da-ra-cu-la

......bukan darah manis

haish, apa yang orang-orang duk cakap pasal darah manis tu semua tak betul. 

Pernah dengar kan? Orang tua-tua cakap, kalau masa darah manis kena jaga diri leklok, jangan asyik keluar malam, tidur awal, makan ikut time, jangan selalu jumpa...dan macam-macam lagi. 

Tahu ke darah manis tu ape?

Darah manis ni tempoh antara pertunangan hingga ke hari akad nikah. Kalau yang tak bertunang? Alaa, bertunang tu adat saje kan. Kalau dah ada niat nak kawen, dan dua-dua orang sedang bersiap-sedia mental fizikal dan poket nak buat majlis tu iyelah tu...pada masa itu, tempoh yang dikenali sebagai darah manis

Tak, nyamuk tak akan serang semasa kita berdarah manis. Percayalah, nyamuk takut kena kencing manis. 

Ha ha ha ok

Darah manis tak seronok langsung. Aku asyik jadi Dracula (read Da-ra-cu-la) je rasenye. Lagi nak dekat, lagi teruk. Nak suruh sabar? Hapekebendanya tinggal lagi tak sampai 2 minggu. Nak suruh jangan jumpa? Mustahil laaaaaaaaaaa sebab macam-macam lagi tak settle. Nak suruh tidur cukup? Kalo tidur cukup, cukup seminggu kena buang kerja sbb masuk ofis pkul 2 ptg. Nak makan cukup, minum, segala macam cukup? Tiada yang cukup melainkan sakit kepala dan cukup-cukup habis semua duit dalam simpanan. *ade simpanan ke der.. hahahaha no komen. 

Tapi sebetulnya, ada hikmahnya larangan dan kata-jangan oleh orang-orang tua kita. Sebab masa inilah kita amat-amatlah 'fragile' atau nama lainnya tengah kena penyakit 'bridezilla'. Silap teknik memang akan jadi Godzilla yang tak cun langsung masa kawen. Jangan jangan mintak woii.

Baiklah, the best way of handling penyakit yang hanya ada dalam tempoh darah manis ni ialah;

1. banyakkan beristighfar dan berzikir. Setiap kali terlupa apa-apa yang perlu dibuat atau tertinggal tulis nama di kad jemputan yang telah siap di-seal dan dibubuh setem, apa yang boleh dibuat hanyalah beristighfar, dan bertawakkal kpd Allah. dan postkan sahaja kad-kad itu. kan? 

2. buat check-list. this is very important. Pada permulaan nak buat check-list tu akan ada sedikit conflict. Iaitu terlalu banyak benda yang nak di-checklist-kan. Okey, tarik napaaaaaaaaass, baca bismillah dan cuba bayangkan satu persatu mengikut kronologi majlis. Kalau majlis anda 4 hari 4 malam, mulakan dengan apa yang perlu pada hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Buat column agihan kategori & tugas; contoh Hari 1, Makanan ; Momi & Kakak Ipar Jawa 2, Pakaian ; Kakak (to be collected) 3, Doorgifts ; 20,000 pcs ; Mak Njang. *contoh la 20,000 pcs tak ke bangkrupt terus SSF & WWS sbb ko dah borong habis semua riben kat situ. hahaha 

3. kalo korang rasa benda ni leceh, jangan baca lagi dah. 

4. jaga pemakanan & kebersihan diri. Ada orang risau badan naik, takut tak muat baju lah kononnya terus diet melampau 3 bulan sebelum majlis. Elok je hari kejadian baju semua kena pin & stapler sbb jadi terlalu besar. Oh, itu tak boleh. Seeloknya makan makanan berkhasiat supaya kita tidak penat dan muka sentiasa ceria. Ingat, minum plain water banyak-banyak, boleh bantu kurangkan berat badan *dgn normal* dan membantu muka & kulit kita supaya sentiasa segar. 2 minggu sebelum majlis perlulah fitting apa pakaian yang nak dipakai, baru ada ample time utk baiki longgarkan atau ketatkan. 

5. janganlan selalu sangat jumpa. Cuba elakkan setakat boleh. Sebab ada elemen SURPRISE di situ. Belum cuba belum tahu. Asyik jumpa memang tak akan tahu. Hahaha ok. Tak boleh selalu jumpa sbb dalam tempoh ni sebenarnya dari segi psikologi *eceh* badan & minda kita tengah adapt untuk menerima seseorang makhluk dalam hidup kita. Jadi bila selalu jumpa, badan akan terus react, dan adalah perangai syaitan akan membisikkan benda-benda yang tak elok nak suh kita buat. Oleh itu, SABARlah, hari kejadian akan tiba. Jangan duk kata, 'alaaa, u nanti jadik milik i jugak, so takpelah sekarang kita memadu asrama'. FAILED. Kalau bakal anda cakap macamtu, boleh tinggalkan dia serta-merta kerana dia adalah bongok. 

6. jaga emosi. Dalam tempoh darah manis ini sebenarnya macam ujian terakhir kita menguji kesabaran kita dok sekat mana. Apabila terjadi sesuatu, sila pergi ke point #1. Jangan melenting atau menjadi Godzilla atau Dracula dgn tiba-tiba walaupun orang itu akan menghadapi situasi itu juga lepas khawin kan. Simpan dulu ke-raksaksa-an anda. Kang tak pasal2 dan dan tu jugak kensel semua. Padan muka hang Dracula. 

7. banyakkan berbincang dengan KELUARGA. Bukan duk heboh canang satu dunia preparation meletop2 itu smua. Bukan. Yang terbaiknya bincang dan duduk semeja atau bersila dengan ahli keluarga. Dapatkan pandangan dan pendapat mereka. Time ni lah diorang akan share bermacam-macam tips untuk mengekalkan 'masjid' yang bakal di bina. So cedoklah ilmu & pengalaman mereka sebanyak yang mungkin.

Itu lah sahaja kot. Ingatlah semua yang kita buat ni, memang niat kita untuk keredhaan Allah, jadi buatlah semuanya dengan berpaksikan apa yang Allah suruh. Sekarang ni ramai orang khawin, melengkapkan separuh iman mereka, tapi lupa...untuk menjaga amanah mereka yang bakal menentukan syurga atau neraka. 

Fikirlah.

InsyaAllah, semoga istiqamah dan marilah kita bersederhana dalam apa jua urusan tetapi bersungguh-sungguhlah mengejar cinta Allah yang satu. 

pheww! 

Selamat menjadi isteri kepada diri sendiri dan rakan-rakan seangkatan lain. Semoga kita menjadi syurga di dunia dan memberi syurga di akhirat kelak. Amin!


Assalamualaikum. 

Think. Reflect. Change.

No comments: