Friday, August 8, 2014

Gamit Jiwa.

Bila aku sbenarnya sentiasa menghabiskan masa aku berfikir dan terus berfikir tentang perkara-perkara yang tiada penghujungnya.

Sekejap aku cuba melukis masa depan, tapi kadang-kadang aku terimbau kenangan lalu. Apa yang aku mahukan dalam hidup ini? Aku nak arwah ayahku yang sudah tiada selama-lamanya. Aku mahukan tidur aku bertemankan peluk manja nenekku yang tak mungkin kembali. Kasih sayang sejati mereka pernah curahkan. Mustahil semua itu.


Aku hendakkan hidup yang tak perlu aku menangis bila tanganku tak cukup memenuhi apa yang aku hati aku idamkan. Aku tak mahu hidup aku susahkan sesiapa dan aku tak mahu sesiapa pun sedih kerana aku. Cukup tangis aku dan sakit aku.


Aku inginkan orang yang tanpa ku bersuara dia tahu apa mahuku. Dia tahu tanganku sejuk kerana hanya sesaat dia tidak mengusapku. Dia tahu aku berkerut kerana matanya tidak meluahkan sayang padaku. Aku mahu air mataku hanya tanda gembira dan tawa. Aku mahu semuanya yang aku tiada.


Menangis, menangis dan menangis. Terkadang aku marah, aku marah diri aku marahkan takdir aku. Kenapa aku tak sabar? Kenapa aku yang sentiasa penat. Melayan kerenah manusia, cuba menjadi yang terbaik demi mata orang lain.


Siapa aku? Tiada lagi yang aku luahkan dalam dinding dunia aku. Hampir pasti detik hatiku menjadi rahsia abadi. Semuanya kerana orang lain. Kerana hati yang dijaga. Aku siapa? Hanyalah insan yang mengikut sahaja arus di depan. Kalau berbatu-batu sakitlah aku. Kalau terus maka laju tanpa berisi perasaan.


Kenapa mudah aku terpesong? Tanpa mensyukuri apa yang ada sekarang? Kerana aku tahu aku adalah lebih dari ini. Aku kenal siapa aku dan aku tahu mungkin. Mungkin aku tahu kalau tiada halangan akulah manusia paling bahagia dalam dunia ini. Kan ku pegang bahagia dunia dan akan ku gapai bahagia akhirat nanti.


Mustahil kan? Aku sentiasa mengeluh, ya aku orang jahil yang hanya mencemburui kebahagiaan orang lain. Aku mahu, aku mahu semuanya yang bukan milik aku. Aku mahukan segalanya menjadi milik aku.


Tiada janji yang ditunaikan. Tak pernah ada. Aku kecewa dunia dan pasti dalam mimpi pun tak pernah aku mengecap sebenarnya kasih, sayang dan cinta. Dan sehingga akhirnya aku akan hanya terapung diangan-angan. Khayalan cita dan bahagia seperti kisah dongeng.


Hanya itu aku mampu.


23 April 2014

2 comments:

sherlina halim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)