Friday, April 2, 2010

Mengapa Perlu Ada Cemburu.

chenta itu macam gula dan garam, buat hidup bertambah rasa.
bukan ajinomoto yang sedap tapi boleh membunuh.

haha. (gelak sbb fesbuk maseh takde maka blog akan menjadi mangsa)

gua dah siap keje part 1. dah submit dah pon. maka gua dengan senang lenang sambil goyang-goyang lutut nak post entri pulak. topic hari ini ialah Cemburu.

orang kata; Marah..cemburu tu tandanya Sayang. (macam aku je yang cakap. dolu-dolu) hhm..meh sini aku senaraikan kepentingan cemburu. sebelum tuh, definisi ringkas cemburu bagi aku adalah perasaan tak puas hati pada mana-mana individu yang dilayan terlebih-lebih atau melayan pasangan kita dengan melampau. Dengki pula adalah perasaan semulajadi syaitan iaitu lebih menjurus kepada menghampiri perbuatan khianat. 2-2 harus dihindari dengan berhemah. kerana mereka membunuh perasaan mahupun si perasan.

Sile notis; entri ni mengenai kehidupan di dalam belon-belon chenta. tidak terlibat dengan mana-mana perasaan di tempat kerja, di shopping complex mahupun tepi tasik Shah Alam yang tidak mempunyai dua watak utama; Boyfriend dan Girlfriend. (pastikan jantina berbeza, tips2 ini mungkin tidak dapat diaplikasikan di dalam hubungan songsang)

Kenapa mesti cemburu? Ini mungkin sebab-sebab kenapa mesti ada cemburu. jangan sampai tahap dengki plak. no no no~

1. Pasangan anda glemer. Maksud glemer adalah sentiasa dikerumuni oleh rerakan yang benar-benar sahabat sejati mahupun yang hanya mahu menumpang glemer beliau. Perlu hati-hati kerana mereka mungkin meng-overshadow kehadiran anda apatah lagi apabila pasangan anda Gila Glemer.

2. Jarang-jarang berhubung. Ya, cheq tau kadang-kadang ada ja kapel yang tak suka slalu jumpa. nak biaq rendu berbukit-bukit konon. tapi berhati-hati, mereka mungkin sedang bermain game three-sticks.

3. Suka berahsia. 'oh, i keluar ngan Kawan.' 'Kawan i call, skejap ye.' 'Sorrylah sayang, Kawan i nak jumpe, ade hal penting.'. mak uih, banyaklah hang punya kawan. dah nama berchenta. share lah kawan2. bukan ape, senang sket kalo jadi ape-ape. kan? (refer post Peraturan I) Jaga-jaga, Kawan beliau mungkin adalah Lawan anda.

eh skejap, negatif sangat dah ni. meh alter sket. kite kena pikir positif. tak baek camni. okeh.

4. Hubungan lebih rapat. Bila kita cemburu dengan kadar yang sepatutnya, komunikasi pon elok. hubungan pasti lebih kukuh teguh tabah bak menara KL.

5. Skima cemburu. anda boleh bertindak sebagai penyelaras untuk berapa tahap cemburu dan selarikan dengan perasaan cemburu pasangan anda. maksudnya, letakkan satu border = rules. cemburu hanya pada mereka2 ini dan mungkin pada sesetengah tahap sahaja. coolness, dalam hubungan ada rules comel macam ni sure chantek.

6. Bukti kaseh sayang. sebenarnya betol cemburu tu tandanya sayang. sbb kalo takde perasaan cemburu, maknanya anda tak kesah pasangan buat apa pon. tak sayang lah tu kan? mesti ada siket dengan level yang minimum dan berbaloi-baloi.

masalah utama sekarang apabila perasaan cemburu itu terlalu ranum dan membuak-buak. tambah-tambah lagi bila kita tak tahu macam mana nak express. contoh; bila kita TERRRRRtengok gambar beliau dengan kekasih lama. uih, nama lagi kekasih (walaopon dah Ex) mereka pasti bergambar dengan penuh kemesraan. seterusnya kita yang tengok ni terasa panas tak senang duduk. ok, kalao pernah jadi macam ni..ikot tips di bawah.

- cuba tengok kesemua gambar dengan teliti. biaq puas hati. lepas ni takyah tengok dah.
- tarik nafas dalam-dalam. jangan cuba mencapai henpon lagi.
- set dalam kepala. 'ini adalah the past, sile sedar wahai otak, sekarang beliau milik anda'
- setkan juga dalam kepala, 'hoi, hang pon penah bechenta, pasti ada gambaq2 mcmni. jadi buatpa jeles?'
- telefon beliau, cakap dengan nada paling sopan dan sambil gelak-gelak yang anda tertengok photo-photo tersebut dan memohon maaf di atas keterlanjuran anda.
- jangan menangis. sbb saat ni pasti anda sudah cool.
- lupakan perkara ini. esok pegi tangkap gambar ngan beliau banyak-banyak. hohohoho. pastikan tidak mengeposing seperti mereka. nnt dicop plagiat. bahya. whahhaha

Contoh di atas mungkin hanya slighty apa yang berlaku di dalam belon-belon chenta. maka berhati-hati oke? ingat, dah tua ni kena pikir masa depan. masa depan = bukan duniawi sahaja. InsyaAllah, kalao kita sama ingat-mengingati. kan?

okeh.

bye.

p/s: gua bukan baik sangat, tapi gua sekadar berkongsi dalam bentuk paling mudah. tak mau baca sila pegi baca blog lain. ramai lagi bloggers yang berkongsi macam-macam hal termasuklah betapa mereka desperate dalam berchenta (mereka ni patot baca blog gua, haha). tapi kalao dah baca ape salahnya click gua punye nuffnang Ads. tambah duit poket gua. heee~

love.


4 comments:

ZooL.Ahmad said...

uish....dah jadi doctor love sungguh ye.. :)

Ceghi said...

jgn makan garam n gule byj sgt..nnti kene diebetes n hypertension..

yg benar

en dietitian =D

Anonymous said...

lain mcm je bunyik entry ni..

p/s: how would u said to someone that u did know that he/she love u so much..(if u did not said it honestly, the CEMBURU tu pasti membuak2)..

beeRamza said...

ehem, gua nak cuba menjawab soklan anon ni,

ah hah!
sebenarnye saye tak paham soklan anda. hahaha.

boleh ringkaskan?

timemaceh!