Wednesday, August 11, 2010

kenapa terkenang.

wow, sekadar mengelak dari cliche ucapan sempena Ramadhan. sebenarnya tak boleh lari kan? memang kena cakap "Salam Ramadhan, selamat mengerjakan ibadah puasa dan so on so on". Betul? Ya, sbb smua orang tahu apa perlu kita buat di bulan Ramadhan. Kita bangun sahur, kita tahan dari makan, minum, tahan diri dari tengok pompuan-pompuan seksi, tahan mulut dari menyumpah seranah, tahan mental dari marah-marah, smayang, sentiasa senyum, kurangkan mengumpat, smayang terawih..eh bukak posa dulu, pastu mengaji sikit-sebanyak mana mampu tapi kalau boleh nak banyak-banyak dan tido. macam tu lah kot rutin harian sepanjang Ramadhan. mungkin bleh tambah lepas seminggu, pegi shopping baju raya. kan? wee, itu seronok! smua pon seronok!

tapi, yang paling penting, selain berpuasa segala ialah memaafkan antara kita, dan memohon kemaafan dari yang Esa. yang lepas tu dah berlalu, yang datang itu menanti. saya sayangkan kenangan manis, tapi nak yang mendatang lebih manis. InsyaAllah.

jadi, saya ingin memohon maaf kepada semua. semoga sudi memaafkan apa jua kesalahan saya. (wah, macam cool mintak maaf secara terbuka) dan saya juga memaafkan semua. oh oh, nanti raya jemput ke rumah. =)

p/s: tapi kan, sedih nye tahun ni ade 2-3 keping je msg ucapan. ho ho. petandasudahberumur kan? dulu-dulu masa belajar agaknya start dari pengumuman esok puasa tu sampai ke habis terawikh dan waktu sahur esoknya duk forward msg ucapan and reply msg kawan-kawan. oh, budak-budak! hahahaha. or maybe sbb smua orang dah wat ucapan kat Facebook? T_T

Selamat Berpuasa dan Bermaaf-maafan.

No comments: