Friday, September 3, 2010

salah ke betul?

haa..ni dah pendam lama, rasa macam nak cerita tapi kalau cerita takut rasa bersalah. hmm, hari ini, lepas saja baca Kak Merr Terbakak kat blog dia, terus berkobar-kobar semangat nak bercerita demi keadilan sejagat.

ini story untuk sesiapa yang berani buat, berani tanggung sahaja.

pagi tu, dalam pukul 430 pagi. saya tiba di Sungai Nibong. stesen bus lah. dari Kelantan. weehu, setelah 5 hari duk berkampung di kampung yang dirindui. mai lah balik kan. keja, nak buat camna. tapi bila datang Penang, barang berbondol-bondol (sila ignore kalau bahasa entah apa-apa) maksudnya banyak. ada beg galas, beg sandang, beg baju, paper bag dan juga kotak. entaaaaaaahh la...org kelantan cakap 'serbo makniko nok bowok'. begitu lah jua saya. ahahaha.

oke, dipendekkan cerita. cari satu abang teksi. sbb tanak telefon housemate ; sian depa. satgi nak bangun sahur dah, nanti nak masak. lagipun lupa nak pesan awal-awal. maka, dengan pantas, pintar dan tuntas mari kita naik teksi. dah tahu daaaah, mesti kena mahal punya. ambik kau! rm15 ringgit!!

redha. abang teksi yang 'sehat' tu kata sbb pagi buta, sebelum subuh. maka memang mahal. saya redha. rezeki dia lah kot. pastu, dia bawak tunjuk teksi dia. eh hoi, teksi = kereta sewa lah. bukan beca. ok? aaaa. dia bukak boot (tempat simpan barang, ka hangpa panggil bonet? haha) tapi saya kena angkat sendiri barang. ok beha, be patient. angkut lah masuk. tutup sendiri benda alah kereta tu.

masuk kereta. zooooooooooooooooom! sat ja. dah sampai umah. memang la. satu traffic light ja dah sampai. DEKAT. tapi charge nak mahal kan? oke, berenti. abang teksi bukak boot. saya turun. eh? dia tak turun pon. saya angkut lagi semua barang yang BANYAK tu.2 kali angkat. dalam hati 'adoi, apakah abang ini tak punya perasaan?' takpa, sabaq.

'haa dik, rm 15 ja'.

saya hulurkan rm12 ' nahh, rm12 ja bang'.

dia marah dowh. dia cakap mana boleh. memang dah standard harga rm15.

saya tengok keliling teksi. ada tulis. TEKSI BERMETER. tapi meter BUAT HIASAN ja. kalau ON meter, mau RM4 ja. bongok kan? 'saya tak mau bayaq RM15. dah lah barang saya angkat sendiri, boot kereta bukak, tutup sendiri. buat apa nak bayaq service mahai2?' oh, marah jugak. tak tahan.

'aaa...ok ok abang mintak maaf'

'nahh ameklah kalau nak RM15. tapi saya tak ikhlas. lainkali tolong la. barang tu bukan siket. ni tak, service tak bagus. tapi charge mahal' oi, membebel si budak kecik.

'ok tak payah lah, abang tak mau kalo tak ikhlas. lain kali abang tak buat dah'. sentap. tutup pintu terus blah (lepas amik duit lah)

itu aje.

betul ke tindakan saya? saya jahat ke? sbb itu rezeki dia dan saya potong RM3? *angkat bahu*

5 comments:

Anonymous said...

Rezeki saya tu 3 ya..meh meh! Bank in ale meibeng deh?

beeRamza said...

anon: tunggu raya baru mitap oke!!

BLADE EDGE said...

salam tuan rumah...

nak tumpang bg komen boleh?

pasal drebar taxi tu - jahat sikit2 jer, sunat jer tu..sape xmarah kalau servis hampeh tp mintak bayar mahal..kalau saya, taknak bayar terus.ambik beg & trus BLAH!!

beeRamza said...

BLADE EDGE: ahahahha! nak jugak rasenye buat macam tuuu...tp sebab bulan pose kan, syaitooonn takde nak pujuk wat keje kejam2 camtu..aderk! hahahha. i think he learnt his lesson lah kot. kalo camtu lagi tak tahu lah..hohoho

SURIA AMANDA said...

kadang2 x leh bagi muka dengan pemandu taxi..