Tuesday, September 7, 2010

Salam kemaafan

Bagi saya, raya ini hari berkumpul. hari memohon maaf tanpa berkata maaf. selalunya, kita berselisih faham, dan tak tahu bila dan bagaimana memohon maaf. inilah masanya, tak perlu tulis, ucap atau menangis. sekadar bertegur sapa senyum seikhlas diri, hilangkan amarah dan kecil hati begitu sahaja! oh enak!

saya suka hari raya, satu bahagian hati saya kata, menjelang hari raya, otak kita merumuskan hari kemenangan, tiada sengketa, hari bersuka ria. hari bertemu yang dah lama terpisah. seronok!! yang jauh, datang berpeluh-peluh, berasak-asak dalam lautan kereta. yang dekat senyum gembira. eh dah jadik macam pantun ye! hahaahaha.

hari raya ini yang ke 23 buat saya. sepanjang 19 tahun saya sambut dengan keluarga yang sempurna, pagi raya salam ibu, salam ayah, salam abang-abang, kakak dan sedara mara. tapi ini tahun ke-4 saya beraya tanpa peluang memohon maaf dan salam peluk cium seorang ayah. tapi, Allah kan Maha Penyayang. Dia ambil ayah saya, tapi Dia dah sediakan 5 orang abang untuk saya. Terima Kasih Allah, sesungguhnya nikmat itu tidak nampak selagi kita butakan hati.

saya sayang keluarga saya, semua sekali. dalam hati, tak siapa yang tahu. saya mohon seribu kemaafan, atas berjuta pengorbanan anda semua berikan. tanpa anda, siapalah saya. terima kasih, terima kasih kerana sanggup menahan telinga, mengumpul amarah dalam perut tapi tak pernah membenci kerenah saya. saya percaya, ikatan saudara tak kan putus dicincang, tak kan haus dimamah.

kawan-kawan, kan datang dan pergi. itu dah satu kemestian. kan? tapi merekalah yang mewarnakan perjalanan hidup saya. *oh ini akan jadi cliche* kawan, sebolehnya saya cuba menjadi yang terbaik. kadang-kadang sampai terlanjur kata, terlebih jujur. saya juga ingin menjadi yang paling diingati, tapi selalunya akan berakhir menjadi yang paling dilupakan. sentiasa saya cuba membantu, tapi akan disalah anggap sesetengah pihak. kelantangan, keterbukaan dan ramah mungkin bukan pilihan semua orang. tapi, anda tahu kan? anda semua di hati saya.

maafkan saya, atas segala kekurangan. tergarang, tercelupar, tersisih, terbuat tak endah, terbelagak, terlalu mengawal. itu semua over-efforts dalam menjadi yang terbaik. kalau anda terguris, maknanya saya gagal. ^_^

Selamat Hari Raya,
Maaf Setulus Ikhlas.

4 comments:

chezzem said...

Selamat hari raya maaf zahir batin bedek :)

nanti datang rumah kita baking oke..

Anonymous said...

selamat hari raya ... maaf zahir dan batin ... =)
keep blogging, i`m lovin' it !

Hannan said...

selamat hari raya aidilfitri :)

beeRamza said...

Selamat Hari Raya semua!! thanks sbb bace blog saye! OH OH OH terharuu!!

shakak: yes, we will! semangat ni nak baking!

anon: thanks so much!

Hannan: =)