Thursday, January 20, 2011

bagi peluang

untuk saya membebel.


adoih dah lama sangat tak update blog. hari-hari pon fikir pasal nak tulis apa tapi satu habuk pon tak penah menjadi. pfft. tapi semalam terharu, ada orang cakap hari-hari dia bagi makan ikan kat blog ni. ha ha. nasib baik lah ikan tu tak membesar. kalo yang dalam akuarium tu tuan punya blog, abis dah penuh akuarium sbb makan banyak sangat. ha ha. tapi, terima kasih ye encik Rockstar. sbb tak membiarkan ikan-ikan saya kebuluran. oh hoo!

dah dapat keje baru! yeay! macam tak ikhlas cakap yeay kan? sbb tanak keje lagi. nak lepak lepak lepak duduk tengok tv makan pastu tido pastu tengok tv pastu tak buat apa-apa pastu kena bebel ngan mami sampai dah nak muntah. baiklah, saya akan pegi kerja dengan ikhlas. Ya Allah, permudahkanlah. Amin. Wish me luck!

eh? dah tak tahu nak tulis apa dah. rindu Penang. sangat rindu. tapi belum masa lagi nak pegi melawat. i will. one day insyaAllah. =)

pffftttttttttt!

(berhenti 10 minit tadi, ok sekarang sambung lagi)

ramainya dah kahwin kan? seroooooonook uh! ke tak seronok? dah jadi pemerhati ni naik pening lak kepala. macam rumit nya proses nak kahwin. i mean the wedding itself. nak buat makan-makan, kena jumpa orang tu, orang ni, nak siap baju tu, hantaran ni, tandatangan borang itu-ini dan bermacam-macam lagi. tapi, nampaknya tak semua orang bersusah payah macam serumit pemikiran saya. ada yang lebih senang, kenduri tak payah pakai kad, ajak pon buat Event kat Facebook ja. masa akad nikah pilih-pilih kawan mana nak suruh pergi. tak apa, rezeki masing-masing kan. ada yang kenal 4 tahun baru kahwin, ada yang kenal sebulan terus pergi bulan madu pon ada. eh? bukan bukan. yang kenal sebulan, terus akad nikah, lepas tu kenduri, lepas tu insyaAllah dapat berita nak tambah ahli lah kan? insyaAllah, dengan izin Tuhan semua kejadian ni. Alhamdulillah dan tahniah. =)

tapi itu lah, dalam hidup ni. bukan kita dua orang aje tau. ada raaaaaaamai lagi makhluk Allah. macam-macam ragam. semua orang pun kita nak jaga hati. walaupun ada orang tak pernah kisah.

ini dah masuk melalut. id better stop.

tak sabar tunggu hujung minggu. =) nak jumpa gula-gula manis!

oops. about the pictures. ini gambar waktu photo session untuk Ramza Mode. credit kepada FotoMomento.net for the pictures. tapi yang edit mengarut2 ni saya punya kerja hahahaah =) i'll make another entry full story pasal ni ok? hahaha lawak giler. saye mmg seorang budak baru belajar ok!

mmuah!

4 comments:

Lyna Shaari said...

CANteknya beee.ni kak lyna dtg belogwalking kat snie ;)ada jgk gmbr bee di tempek kat k lyna pny entry mengenai yg najjah dtg hotel new pacific hr tuw ;)

Sir amar said...

jalan2 melawat beha..macam mana life,ok? hang bila nak kahwin,dok sibuk mikir orang lain kawen..haha..apapun,dah bersawang blog nie..fuh2..(tiup sarang labah2)

BLADE EDGE said...

salam...

kdg2 dlm pada saya blogging, ada jugak saya blogwalking ke blog followers saya..ada jugak yg jarang2 skali update..tp skali dia update, wow...meletop!! skali bagi, entri yg bagus2!!

kalo ada gmbr2 masa fotoshoot, bubuh la byk2 kat entri. blh readers tgk puas2 :-)

have fun!

Anonymous said...

gulagulagulagula maaniiisss..hehe