Saturday, August 13, 2011

dewasa

kita yang tak pernah dewasa.

betul, kita tak pernah dewasa,
kita melenting bila ditegur,
kita marah bila tiada yang faham,
kecewa bila hati terluka.

kita tak pernah dewasa,
bila hati sentiasa bergelodak,
sentiasa memberontak,
memaki dan mencaci,
tanpa mengira batasan agama.

dalam pencarian kedewasaan,
kita tak pernah dewasa,
kita merintih bila diuji,
menangis bila dikasari,
membenci bila tidak disayangi.

aku pun sama,
tidak pernah dewasa,
tak akan pernah dewasa,
kerana ku sentiasa lupa,
menilai sesuatu dengan membuta,
mencinta pada bukan Yang Esa.

bila akan dewasa?
tanya hati,
tanyalah imanmu,
islammu dan ihsanmu.
mengertikah kita pada semua itu?
berada di landasan yang benarkah kita?

buka mata, celik hati.
dewasakah kita?

No comments: