Saturday, August 13, 2011

Secebis Hak Diri.


Menulis apa yang terlintas di fikiran bukan semudah yang disangka.
Nampak mudah digapai tapi bukan senang dicapai.
Tak pernah terfikir akan berada dalam situasi begini.
Tak pernah bermimpi
tapi mungkin pernah membenci
terciptanya keadaan ini pada orang lain.

Alhamdulillah,
Allah bukakan hati,
membiarkan diri sendiri merasai apa manis peritnya
mencipta mimpi didalam mimpi.

Susah, orang yang dalam kesesatan sentiasa susah membuat pertimbangan.
Adakala terjumpa pedoman yang tak kurang masih dalam igauan.
Tapi dalam pencarian,
apabila ternampak cahaya terus meluru laju,
tanpa sedar cahaya itu milik peribadi lain.

Tanpa sedar yang dikejar itu
hanya bias cahaya
yang sebelum ini tak pernah terjangkau silaunya.
Ralit, kejar dan terus ralit mengejar,
membaiki keadaan diri
tanpa menoleh bertanyakan pemilik cahaya.

Sampai di satu langkah, ku kira tiada berpatah jalan.
Masih melangkah dan menanam impian
kiranya cahaya indah itu masih punya ruang untuk orang segelap aku.
Masih punya cebisan untuk sekurang-kurangnya memberi kerdipan
walaupun sekilas cahaya lilin dalam hidupku.

Kesal aku mengikut kaki,
mengikut kata hati yang buta, yang sememangnya sesat.

Bukan cahaya milikku,
bukan untukku,
dan tak akan menjadi hak aku.

Ya Allah, aku bersyukur,
biasannya sahaja membuat aku akur,
hidup ini adalah pencarian redhaMu,
dan hanya untukMu.

Cukuplah biasan cahaya itu memberi harapan.
Aku tak bisa menelan lagi.


No comments: