Friday, May 18, 2012

kecewa!

Haih.

Tak baek mengeluh kan? Tapi perasaan dikhianati ni meluap-luapnya rasa! Tak, bukan pasal cintak awek-pakwe kne reject ke orang tolak ke ape. Tapi pasal sahabat. Sahabat yang kian lama kian hanyut. Ak tak kisah digelar kuno, atau berlagak alim. Yes aku tahu latar belakang aku, tapi tak pernah bermimpi membawa kisah lama yang buruk menjadikan masa depan aku turut membusuk. masa depan bukan esok, tapi nun di hari pengadilan, di hari kita semua dihijab. di hari pembahagian Syurga Neraka.

Geram,
Mmg la aku tahu aku ni kawan je. tapi aku sakit hati kot tgk ko buat camtu kat sahabat aku. geram sangat2 sampai aku rase nak sound je terang2. tapi aku tak mampu. ak tak mampu disakiti. ak juga tak mampu kalau dihina dikeji.

1. Dulu sblum ko kawen ngan kawan aku, ko cakap ko nak bimbing die. ye lah kawan aku bijak, tapi ko jugak cakap ko leh tolong dia biar dia lagi bijak mbuat pilihan. pilihan antara dosa pahala, pilihan antara syurga neraka, semudah-mudah pilihan mana yang baik atau tak.

2. Ko cakap ko sedar tanggungjawab tanggung dosa-pahala suami terhadap isteri. so beranganlah aku bila ko kawen dgn sahabat aku, ko akan nasihat dia supaya tak heret ko masuk neraka.

3. Ko cakap ko ingat punye pesanan aku. aku mmg peganglah kate2 ko kan. happynya dalam hati sbb at last ade orang yang niat ikhlas baik punye sayang kawan aku kerana dia takut neraka Allah.

4. Aku tahu aku jahil.

5. Ape jadik sekarang woi! mcm dah serah diri nak masuk neraka je? tak nafilah aku tak tahu korang solat ke tak minum ke ape. tapi apekah ko sanggup biar isteri pakai separuh bogel? peluk lelaki lain selain suami? sanggup hidup berlingkaran perkara yang tiada faedah? aku tak sanggup. tak sanggup melihat, apatah lagi membiarkan dia diratah alpa dunia.

6. Ye aku jahil agama, dan aku kuno. tapi aku tak buta. dan aku bukan pelupa.

7. Aku sayang sangat sahabat aku. dan aku salahkan ko. its totally ur fault.

8. Aku berdoa pada Allah, semoga dibukakan hati kalian, semoga diluruskan mana yang pernah gelap. Ya Allah, berikanlah aku hikmah di atas apa yang terjadi ini dan Kau bantulah hambaMu yang masih di dalam kekeliruan termasuk aku. La illaha illa anta subhanaka inni kuntu minnazzolimin.

9. Tolonglah wei. tolonglah aku rayu. Ak dah tak punye cara lain. Ak harap ko baca ni, kalau terdetik perasaan marah, marah lah aku. supaya aku tahu yang kalian mmg inginkan hidup dunia yang begitu.

T_T

"Ya Allah, padaMu kami memohon perlindungan dan hanya Engkaulah yang berkuasa terhadap hati-hati Kami..jadikanlah Kami golongan hambaMu yang bertaqwa bukan hambaMu yang tersesat menuju neraka Jahannam"

10 comments:

Ayu Zamani said...

teruskan doa, doa sahabat kepada sahabat tanpa diketahuinya insyaAllah akan diturutkan di aminkan malaikat yang memenuhi langit. Teruskan doa tanpa putus asa..

Ayu Zamani said...

*turut

beeRamza said...

Terima kasih Ayu,

Semoga diberikan kekuatan.

*sebak sgt2 rasanya bila kita tak dapat buat apa2 utk mbantu..cuma mampu melihat dan merasa lukanya.

:(

Ayu Zamani said...

insyaAllah, perjalanan mencari hidayat tidak terhitung dengan masa, lamanya, sukarnya. Namun Allah maha tahu segalanya, dan dia maha kaya memberikan kasih sayangNya. Doa senjata berbisa, terutamanya bila telinga manusia seolah-olah tidak berupaya mendengar kebenaranNya.

Ayu Zamani said...

*hidayah

AdamX said...

NEVER GIVE UP!!!

beeRamza said...

Terima kasih Abam AdamX. but truly, be sure of what u are doing now for the sake of where will u end up THEN.

:) InsyaAllah, semoga kita diberikan hidayahNya.

chezzem said...

errrr mcm tawu je sepa bedek? huhu

beeRamza said...

Shakak, siapa2 shj yg terlintas...doakan yg terbaek...bedek emosi giler rsnye smlm..marah...:(

ZaimasZainal said...

adakah sy kenal mereka2 itu?...mungkin...xtau...semoga doa kamu dimakbulkan...aminnnn