Sunday, March 18, 2012

Kisah Hati : Episod 1

Women are like a sail or an anchor.
Please be a sail to your husband ukhti and help him to reach the shores of Jannah; ameen.
- Sheikh Alaa Elsayed

Dah berkali-kali perasaan seperti menusuk ni hadir. Susah nak gambarkan. Tapi yang pasti perasaan serba tak kena. Salah semacam, sedangkan aku yakin, ya mungkin terlebih yakin apa yang sedang aku buat ini tak ada salahnya. Apa lagi? Tutup aurat? Ya Allah, nak tutup apa lagi? Dah pakai baju berlengan panjang sedikit singkat mungkin tak bermasalah, lagipun aku bertubuh kecil, seluar pun sampai ke buku lali, tudung? Hmm, dari kain bawal gred A kepunyaan mami. Jarang sedikit, tapi boleh lah.

Pelik. Masih ada yang tak kena agaknya. Tak apalah, teruskan melangkah. Sekurang-kurangnya aku lebih baik dari yang telanjang kepalanya, atau yang berbaju sendat berlengan pendek. Getus hati. Agak angkuh.

Hari ini aku berjubah. Wah, lagak bagai ustazah. Nak nampak ayu depan sang jejaka alim. Ku perhati di cermin, sah! sempurna! Tudung bawal hitam kegemaran kulabuhkan dan disematkan keronsang, stokin nipis ku sarung. Pasti si dia gembira! Namun lenggang lenggok suara dan badanku sukar diubah. Masih nyaring dan kadang-kadang makin disiul makin menjadi. Ahhh, tak apa. Bukan ke perubahan perlu satu persatu. Yang itu nanti lah. Akan menyusul.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

Tersentak. Telingaku terasa hangat seperti disua lilin. Pesanan ringkas dari akhie pujaan membuat aku keliru. Alhamdulillah, katanya. Tapi masih belum cukup. Aku terduduk. Soalan demi soalan bagai berputar. Untuk siapa aku menutup aurat? Demi apa? Kerana siapa? Cukupkah sekadar itu?

Jawapannya, TIDAK. Aku tiada jawapan. Aku masih belum sempurna. Pakaian ku bukan pakaian taqwa ahli-ahli syurga. Akhlakku bukan akhlak bidadari Jannahtul Firdaus. Sukar untuk dimengertikan. Kenapa aku mudah berpuas hati sedang yang ku kejari belum pasti.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]

Ya Allah, aku sememangnya tak layak untuk syurgaMu. Namun aku tiada bermimpi dicampak ke nerakaMu. Aku sehina-hina hambaMu, Ya Allah.... rupanya aku seorang muslim, yang masih tidak ditaraf mukmin! Bukan setakat auratku tidak sempurna, akhlakku memalukan...ibadahku bertempiaran...

Nekad! Sesuatu harus dilakukan!

*bersambung

2 comments:

Anonymous said...

bravo beha

Anonymous said...

Got talent cuma kena byk baca kamus lagi..keep moving fwd..